Quantcast
Channel: Planet Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

OhBulan: Syafie Naswip ‘Kantoi’ Ke Lorong Haji Taib?!

$
0
0

Barangkali ada yang sudah mulai memikirkan senario kehidupan jalan paling sensasi dan kontrovesi di kota metropolitan ini ketika membaca headline di atas. Namun suka mahupun tidak, percaya atau tidak, inilah kebenaran yang harus ditelan oleh sekalian peminat aktor muda berbakat besar, Syafie Naswip yang ‘kantoi’ ke Lorong Haji Taib.

“Ya, saya ada ke Lorong Haji Taib. Tapi semua itu saya lakukan semata-mata untuk menjiwai watak ‘Ad’ selain menyelami sendiri kehidupan di ‘lorong gelap’ itu yang senarionya menjadi sebahagian latar cerita filem terbaru saya, ‘Songlap’,” ujar pelakon yang mula menempa nama menerusi filem ‘Mukhsin’.

“Saya pergi seorang diri tanpa ditemani sesiapa dan perasaan masa berada di tempat itu memang sangat menakutkan dan mendebarkan. Tapi sebab hendak melihat sendiri kehidupan golongan tersebut agar mendapat lebih penghayatan untuk adengan saya yang melibatkan rumah pelacuran dalam filem ‘Songlap’ saya gagahkan juga diri, tapi saya cuma pergi sekali saja tau,” ujar Syafie yang ditemui sewaktu tayangan filem ‘Songlap’ baru-baru ini.

Tambah Syafie lagi, walaupun berada di tempat tersebut cuma sehari dan dalam masa yang singkat, namun ianya cukup membuat Syafie memahami bahawa setiap ‘penghuni’ tempat tersebut punya cerita tersendiri.

Selain menjadikan Lorong Haji Taib sebagai salah satu sumber rujukannya, aktor yang pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM22) ini turut menjadikan karekter-karekter dalam  filem ‘The Reader’ lakonan Kate Winslet dan Ralph Fiennes sebagai sumber inspirasi dalam menjayakan watak ‘Ad’

Bakal ditayangkan pada 15 Disember ini, ‘Songlap’ garapan pengarah suami isteri, Effende Mazlan dan Fariza Azlina Ishak mengisahkan kehidupan dua beradik Ad (Syafie Naswip) dan Am (Shaheizy Sam) yang bergelumang dengan sindiket pemerdagangan bayi sebagai sumber rezeki dan berusaha menyelamtkan Hawa (Sara Ali) dari menjadi mangsa pemerdagangan bayi dan pelacuran.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>