Quantcast
Channel: Planet Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

OhBulan: [Gossip] Pelakon Ketak Bajet Bagus?

$
0
0

Di kala Kuala Lumpur dilanda banjir semalam, seorang rakan (cukuplah dikenali sebagai Fifi) pula membara-bara hatinya dek gelagat pelakon lelaki berbadan ketak ni. Melenting bukan sebarangan, pelakon lelaki yang pernah mencetuskan kontroversi gambar mesra bersama teman wanitanya satu ketika dahulu telah memalukan Fifi dalam sebuah majlis terbuka, baru-baru ini. Ikuti temubual dengan tapisan carutan selepas ini.

M : Kau dah kenapa meroyan ni? PMS ke?

Fifi : Aku tengah bengang ni, biadap gila dia! Dia malukan aku depan orang ramai time majlis terbuka.

M: Malukan macam mana? Ceciter sikit.

Fifi : Kau pun tau, aku ni kan jenis peramah. Jadi, apabila aku nampak si teman wanita ni kat majlis tu, aku pun salam dan peluk lah kawan aku ni. Kemudian, kawan aku tu kenalkan pelakon lelaki A.K.A boyfriend dia kat aku. Kawan aku cakap, “Akak, ni laa ******, boyfriend I.” Aku pun dengan ceria nak salam la, kau tahu apa si bodoh tu jawab?

M: Ha, apa dia?

Fifi : Dia balas, “Sorry, tangan I basah.” Dah tu, jawab macam tu tak tengok aku langsung. Padahal, dia tengah lap tangan dia dengan tisu!

M : Lah, keji gila dia tu. Bajet bagus kot…

Fifi : Weyh, beragak sikit. Selalunya, kalau kita tengah makan pun, orang datang kita, kita tetap hulur tangan gak kan? Orang beradab, kita pun balas beradab. Janji tak menjatuhkan air muka orang!

M : Yup, selalunya macam tu lah. Mungkin dia bajet meletup sangat kot, geli sangat nak salam tangan orang.

Fifi : Choy dia meletup, berlakon pun entah kemana. Memang malanglah kawan aku tu dapat boyfriend sombong macam dia.

M : Rilekslah, pelakon macam tu memang tak kemana pun…chill k

Fifi : Ye la, aku nak siap-siap redah banjir ni. Kasi sejuk sikit hati.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>