Quantcast
Channel: Planet Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Anwar Ibrahim: Saman: KEADILAN Akan Bersemuka Dengan Pimpinan BN Yang Terlibat Skandal NFC

$
0
0

KeadilanKini

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyatakan sekiranya Datuk Seri Shahrizat Jalil meneruskan saman bernilai RM100 juta berkaitan dakwaan penyelewengan dalam pengurusan kewangan National Feedlot Corporation (NFC), pihaknya bercadang untuk memanggil semua pimpinan kanan negara yang pernah terlibat dalam skandal tersebut.

“Pihak saya, dan Rafizi (Ramli) telah bincang dengan mendalam mengenai strategi pembelaan kami. Sesiapa yang pernah membuat keputusan berhubung NFC atau pernah beri komen, mereka akan dipanggil sebagai saksi untuk beri keterangan,” katanya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

“Saya yakin bila Shahrizat dipanggil jadi saksi dan disoalsiasat, mereka terpaksa mengaku beliau sendiri pernah habiskan masa beli kondominium mewah.

“Saya juga nak cadangkan Shahrizat kibarkan bendera putihlah,” sindirnya kepada Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat itu.

Beliau turut yakin bahawa rakyat Malaysia akan teruja menanti agar kes saman ini dibicarakan dengan secepat mungkin.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>