Debat tiga penjuru di antara Perdana Menteri bersama Ketua Pembangkang dan seorang blogger terkemuka bakal menjadi kenyataan sekiranya jemputan dari pengasas wikileaks , Julian Asangge yang menjadi penganjur debat diterima oleh mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun mengatakan persetujuan untuk menyertai debat tersebut dengan menghubung Assangge melalui twitter.
Wikileaks yang merupakan laman pembocor maklumat bersetuju untuk menganjurkan debat tersebut sebelum ini ingin mewawancara Anwar dalam satu forum di Kent, England.
“Saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata dengan Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja. “ Katanya kepada wartawan pada sidang media di parlimen hari ini.
Menurutnya dengan sikap blogger Raja Petra Kamaruddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang seolah-olah berminat maka wikileaks ingin menganjurkan debat di antara mereka bertiga.
Raja Petra sebelum ini mendakwa Anwar takut berhadapannya dan kenyataan tersebut turut disokong oleh Najib dan timbalannya.