Audit bebas yang dijalankan kumpulan NGO terhadap daftar pemilih yang dikritik hebat pembangkang mendapati wujud 8 peratus alamat pemilih yang tidak sah.
Antara 92 peratus yang mempunyai alamat sah, sebanyak 74 peratus tidak dikenali berbanding 31 peratus yang dikenali dan tinggal di alamat masing-masing.
Alamat yang tidak diketahui dikesan paling tinggi di Kuala Lumpur sebanyak 27 peratus, menurut NGO pemantau pilihan raya Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre.
“Lapan peratus alamat tidak diketahui itu ekoran pembangunan pesat dan pembangunan semula ibu kota dan penyelarasan lemah antara unit perancangan bandar, dan penyelarasan silang serta kerjasama untuk mengekalkan lokaliti selari dengan perubahan dalam daftar pemilih,” laporan itu dipetik.