Quantcast
Channel: Planet Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

OhBulan: Majlis Resepsi Fasha Sandha & Jejai Berlangsung Di Perlis

$
0
0

Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya dimanakah Jejai atau Rizal Ashram dan Fasha Sandha akan mengadakan majlis resepsi mereka.

Kini semuanya sudah terjawab apabila sebuah portal hiburan tempatan mengeluarkan sekeping foto berupa kad jemputan ke majlis resepsi Fasha Sandha & Jejai yang bakal berlangsung pada 3 Jun ini di kampung halaman ibu Fasha Sandha, Perlis.

OHBULAN! difahamkan bahawa majlis kedua pasangan ini akan berlangsung di Tasoh Lake Resort & Retreat. Tempat ini merupakan sebuah resort di pinggir negeri tersebut dan memang terkenal dengan keindahannya sebagai sebuah destinasi baru lokasi peranginan.

Sebelum ini, Fasha Sandha & Jejai telah menjalani percutian bulan madu di Pulau Redang. Sekembalinya mereka dari sana, para peminat dikejutkan dengan berita bahawa Fasha Sandha sudah hamil. Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Fasha dan suami, moga dimurahkan rezeki dan semoga berbahagialah hingga ke akhir hayat.

Sumber : Murai

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>