Quantcast
Channel: Planet Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

OhBulan: Lembutkan Kulit Dengan Buah Pisang

$
0
0

Tahukah anda pisang boleh dijadikan bahan untuk lembutkan kulit wajah? Caranya mudah sahaja, jadikanlah ia sebagai masker. Ambil sebiji pisang masak kemudian campurkan dengan 2 sudu besar yougurt dan 2 sudu besar madu. Gaul dan hancurkan sehingga rata. Letakkan campuran ini pada wajah dan leher anda. Biar selama 10 hingga 15 minit, kemudian cucilah seperti biasa.

 

Jika anda ingin rasai kesan tegangan yang lebih campurkan campuran tadi dengan 2 sudu putih telur. Hasilnya pasti tidak mengecewakan. Selain isinya boleh dibuat masker, tahukan anda pisang juga dapat mencuci dan melawaskan perut. Jika anda sukar untuk membuang air besar, makanlah sahaja pisang sebanyak mungkin, pasti anda akan mudah untuk membuang air besar.

Kulit pisang ini jangan pula di buang, kerana ia boleh di gunakan untuk menghilangkan parut di kulit anda. Caranya mudah sahaja. Ambil kulit pisang kemudian sapukan dan scrublah dengan lembut di kulit yang berparut. Biar seketika kemudian cucilah dengan air bersih. Keringkan dengan tuala kemudian sapukan kulit yang berparut tadi dengan minyak yang mengandungi vitamin E. Lakukanlah sekerap mungkin. Anda pasti berpuashati dengan hasilnya. Selamat mencuba!

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>