Sedar tidak sedar, sudah hampir 5 tahun semenjak TV3 menyiarkan sinetron yang OHBULAN! rasa pernah menjadi kegilaan ibu-ibu dan pembantu-pembantu rumah di Malaysia di petang hari.
Sinetron “Bawang Merah, Bawang Putih” yang telah disiarkan antara tahun 2006 sehingga 2007 telah menampilkan Revalina S. Temat sebagai Bawang Putih dan Nia Ramadhani sebagai Bawang Merah.
Namun bukan sinopsis sinetron ini yang mahu OHBULAN! sampaikan. Berita terbaru dari seberang, Nia Ramadhani telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada hari Sabtu (2 Jun) lepas. Bayi yang diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie telah dilahirkan disebuah hospital yang terletak di Jakarta Selatan.
Menurut laporan Yahoo, anak Nia Ramadhani telah dilahirkan melalui kaedah ‘caesarian’ dan mempunyai berat 3.1 kilogram ketika dilahirkan. Kedua-dua mereka dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Untuk pengetahuan, Nia Ramadhani, 22, telah bernikah dengan Ardi Bakrie pada bulan April tahun 2010.
Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Nia!



Related posts: