Quantcast
Channel: Planet Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

OhBulan: Isu Rumah Tangga, Erra Fazira Terkilan

$
0
0

“Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri,” ujar Erra kepada mStar Online.

“Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka.”

Laporan dari akhbar online tempatan ini menyatakan bahawa Erra menafikan khabar angin yang mengatakan dia dan suaminya telah mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelamatkan rumah tangga mereka. Erra yang terkilan turut meminta agar gosip-gosip mengenai rumah tangganya dapat dihentikan.

Erra juga mengaku bahawa kehidupan mereka sebagai suami isteri sama juga seperti pasangan yang lain.

“Itu adalah perkara biasa dalam kehidupan berkahwin dan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan,” ujarnya.

Sumber : mStar Online

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>