Dari Tukang Lawan
Ramai golongan muda menggunakan motosikal sebagai kenderaan harian, ianya sering digunakan sebagai pengangkutan asas untuk ulang alik ke tempat kerja, untuk tujuan rekrasi seperti konvoi amal dan bersiar-siar bersama rakan-rakan, malah ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menyertai sukan bermotor.
Ada pula yang beranggapan sukan ini agak merbahaya, namun bila semua langkah keselamatan diutamakan, ianya tidaklah terlalu bahaya seperti apa yang digambarkan oleh kita.
Jika tidak salah “tukanglawan” kerajaan Selangor adalah kerajaan negeri pertama yang cuba memperkembangkan sukan ini secara terurus dan selamat, ianya memberi peluang anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka dalam bidang sukan bermotor.

Sedikit gambar dari Litar Speedway PLUS Elite USJ siang tadi
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan perasaan kagum dengan semangat kesukanan anak muda ini, beliau yang kelihatan memberi tumpuan penuh pada perlumbaan ketegori premier yang diadakan dalam perlumbaan pusingan ke 2 itu melahirkan perasaan gembiranya kerana anak -anak muda ini memilih untuk berlumba dengan cara yang betul dan selamat.