Sebelum ini heboh seketika apabila ada ura-ura yang memperkatakan quartet Electro Pop kelahiran Asia-AS, Far East Movement ini hendak datang ‘meng-Electro’ Kuala Lumpur pada September lalu.
Perkhabaran tersebut diterima baik sepantas kilat oleh sekalian peminat kumpulan ini, malah ada yang siap-siap plan beli tiket awal, tidak kurang juga yang sanggup beli tiket ‘belon’ semata-mata hendak menyaksikan diri konsert pelantun lagu ‘Like a G6′ ini. Namun sayangnya impian tersebut berkecai, apabila pihak pengurusan kumpulan ini mengeluarkan kenyataan menerusi laman web rasmi menerangkan mereka tidak akan membuat persembahan di Malaysia.
Namun jangan risau, segala kehampaan dan impian lebur anda untuk menyaksikan quartet gempak ini bakal tercapai apabila mereka akan menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Moovment 2011 yang akan berlangsung pada 3 Disember depan di Indoor Arena bukit Equestrian Park, jam 8 malam.
Bakal berkongsi pentas dengan DJ Earworm, MOOVMENT 2011 ini dibawakan oleh universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama TuneTalk Mobile Prepaid serta Levi’s selaku penaja pakaian rasmi.
Kehadiran DJ Crystal, DJ Junior, DJ Ken dan Jakeman & Skeletor antara beberapa nama yang dijangka turut merancakkan malam MOOVMENT 2011 nanti
Tiket berharga RM103 (Zon Rock) dan RM203 (Zon Pit). Layari www.AirAsiaRedTix.com untuk pembelian tiket secara online atau hubungi 03-87754666 untuk maklumat mengenai tiket.
Anda juga boleh membuat pembelian tiket secara terus di cawangan Victoria Music Centre (Sungei Wang (TEL: 03-21487208 & 03-21420661), Amcorp Mall (TEL: 03-79560592), Tropicana City Mall (TEL: 03-77222955), Bangsar Shopping Centre (TEL: 03-20931093)) atau Rock Corner (The Gardens Mall (TEL: 03-22844893), Mid Valley Megamall (TEL: 03-22841423), KLCC (TEL: 03-21619417), Subang Parade (TEL: 03-56369520), The Curve (TEL: 03-77296313), One Utama (TEL: 03-77255667)).
Walaubagaimanapun, buat adik-adik yang memasang niat untuk menyaksikan grup pujaan mereka ini membuat persembahan secara live adalah dukacita dimaklumkan, individu yang berusia dibawah 18 tahun adalah tidak dibenarkan sama sekali.