Quantcast
Channel: Planet Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Anwar Ibrahim: Kadar Jenayah Meningkat, Azizah Selar Pemandu

$
0
0

KeadilanDaily

KEADILAN menggesa kerajaan menyelesaikan peningkatan kes jenayah dan bukan memberi tumpuan kepada usaha menangani persepsi umum, tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mempersoal kenyataan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) semalam, kononnya hanya 0.75 peratus (RM1.8 juta) daripada peruntukan mengurangkan jenayah dibelanja untuk program kesedaran.

“Jawapan Pemandu tidak mencukupi kerana ia tidak menangani masalah sebenar.

“Dengan menonjolkan angka 0.75 peratus tanpa mendedahkan perbelanjaan penuh, menjalankan ‘nitpick’ (tumpuan remeh) dan (ia) bertujuan untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar,” katanya pada sidang media di ibu Pejabat KEADILAn hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 11.25 peratus atau RM27 juta dibelanjakan untuk menangani persepsi orang ramai, daripada keseluruhan belanjawan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  bagi Pengurangan Jenayah.

Azizah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyembunyikan fakta jenayah sebenar di negara ini apabila mengatakan ia berada pada kadar  selamat.

Sedangkan katanya, Bekas ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula mendedahkan sebaliknya.

Semalam, Musa dilapor mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya meningkat dan meminta pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Pada 10 Julai lalu, Wan Azizah mendedahkan 71 peratus daripada belanjawan NKRA 2012 atau bersamaan RM170 juta digunakan untuk aktiviti dasar mengurangkan perasaan takut terhadap aktiviti jenayah.

Katanya, kerajaan hanya memperuntukkan 3.67 peratus untuk mengurangkan jenayah pecah rumah dan curi kereta, 11.27 peratus untuk mengurangkan jenayah jalanan, 2.75 peratus untuk membawa penjenayah ke pengadilan, dan 11.25 peratus untuk meningkatkan tahap kepuasan awam dengan polis


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Trending Articles