Quantcast
Channel: Planet Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Niknazmi: Kenyataan Media: Nasib Mahasiswa dan Pensyarah di Malaysian University of Science and Technology

$
0
0

Pada Februari tahun lepas Malaysiakini mendedahkan bahawa sebuah universiti swasta ‘premier’, Malaysian University of Science and Technology (MUST), terumbang-ambing untuk terus beroperasi sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM100 juta di antara 2001 hingga 2006.

MUST ditubuhkan pada tahun 2000 oleh MUST Ehsan Foundation, yang diketuai bekas menteri kabinet Effendi Norwawi sebagai sebuah universiti swasta premier dengan kerjasama dengan universiti Amerika Syarikat yang berprestij, Massachusetts Institute of Technology (MIT). Tiga tahun sebelum itu MIT menerima sebanyak AS$25 juta untuk menubuhkan MUST. Walaubagaimanapun perjanjian dengan MIT luput pada tahun 2005.

Tahun lepas MUST mencatat hanya sekitar 200 orang mahasiswa yang berdaftar, jauh di bawah sasaran 5000 orang mahasiswa.

Sebagai respons terhadap pendedahan Malaysiakini, Presiden MUST Dr Leong Choon Heng menegaskan bahawa MUST di dalam proses memulakan ‘pemasaran yang agresif’ termasuk memindahkan kampus daripada Kelana Jaya ke the Strand, Kota Damansara.

Namun, setahun kemudian, MUST masih lagi terumbang-ambing. Pemindahan kampus masih lagi belum berjalan. Lebih penting lagi, selepas bertemu sekumpulan mahasiswa dan pensyarah MUST, mereka membangkitkan pelbagai persoalan tentang kebajikan dan masa depan mereka yang mereka rasakan tidak dilindungi oleh MUST.

Kami difahamkan bahawa satu kemasukan mahasiswa MUST dijanjikan penginapan percuma namun PTPTN tetap mengenakan yuran penginapan terhadap mahasiswa. MUST juga dilaporkan melambatkan pembayaran kepada ejen penginapan dan pendaftaran sehingga lapan belas bulan, sehingga mahasiswa dipindahkan daripada satu penginapan ke penginapan yang lain.

Kami turut difahamkan bahawa kemasukan pertama mahasiswa peringkat asasi (foundation) pada 2008 terdiri daripada dua orang mahasiswa manakala kemasukan pertama mahasiswa peringkat sarjana muda pada 2009 hanya tinggal empat orang mahasiswa.

Kami dimaklumkan bahawa ramai pensyarah dibayar lambat dan kini enggan mengajar sehingga menerima gaji mereka, sehingga menimbulkan tekanan dan kesukaran buat mahasiswa. Kami juga dimaklumkan bahawa staf-staf kini diberikan kontrak tiga bulan sahaja yang memudarkan semangat kerja mereka.

Kami menuntut penjelasan penuh dan memuaskan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan MUST memandangkan sebanyak RM100 juta wang rakyat sudah dilaburkan di dalam MUST dan nasib mahasiswa dan pensyarah di institusi tersebut.

Sedih sekali apabila kita mendapat kerjasama MIT dengan institusi lain termasuk Singapore-MIT Alliance (SMA) antara MIT, National University of Singapore dan Nanyang Technological University; dan Masdar Institute of Science and Technology di Emiriah Arab Bersatu lebih berjaya.

Ironisnya, SMA muncul apabila rombongan MIT datang ke Malaysia untuk menandatangani perjanjian dengan MUST dan singgah di Singapura. Namun SMA telah mencatat satu demi satu kejayaan sementara MUST terus terumbang-ambing.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>