Quantcast
Channel: Planet Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

OhBulan: Pink Dipilih Menjadi CoverGirl Terbaru!

$
0
0

Pink merupakan seorang artis antarabangsa  yang sering tampil dengan imej berani dan seksi.

Pink yang popular dengan lagu “Raise Your Glass” baru-baru ini telah dipilih untuk menjadi ikon iklan kosmetik CoverGirl yang terbaru.

Beliau meraikan “Beauty with an Edge”  dengan mendedahkan bahagian rambut berwarna merah jambu beserta mekap yang sempurna untuk tampil glamor.

Seutas rantai leher dipadankan dengan sebentuk cincin daripada rona yang senada iaitu jingga menyerlahkan lagi aura ‘fantastic’ beliau.

Penyanyi berumur 32 tahun ini juga bangga memaparkan sekeping gambar dihalaman instagramnya dengan menulis ‘Guess who’s the new COVERGIRL!!’.

Menurut pengurus besar CoverGirl, Pink merupakan tambahan hebat untuk keluarga CoverGirl kerana sikap beliau yang sering bertenaga dan berkeyakinan.

Pink dan CoverGirl bergabung untuk mengilhamkan kecantikan kepada individu yang ingin tampak menawan dan anggun.

Selain pink , Drew Barrymore dan Taylor Swift juga turut mewakili CoverGirl.

No related posts.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15921

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>