Kadang-kadang, dikhabarkan si “Ted Adnan” tu amik gambar pakai available light juga…
..sememangnya tidak lojik nak rakamkan gambar bunga api dengan lampu denyar sechara dairek flash dan mahu direpair pula dengan Photoshop™ 44 layer lah.
Kalau mahu “edit” pakai teknik HDR, konfirm jahanam juga whoah hahahahahahahahaha
————————————————
Bunga api, semua suka tengok, kalau dah “ber-umur” sekarang dan bilang bosan atau malas nak pergi jika ditanya balik sechara baik dan bukan sechara terbuka (contohnya, conteng-conteng kat Wall di perkampungan Facebook tu lah)pasti mereka akan jawab masa kecik-kecik dulu pun suka jugak tengok.
Sang Jurufoto yang veteran old skool (juga dikenali sebagai “otai”, kependekkan kepada “old timer”. Ada sorang tu baaaaaaaa-ru ajer ngaku dia “otai” selepas letih nak bilang pada semua orang usah panggil dia “otai” sebab pada pendapat dia gelaran “otai” ni tak sopan. Laa ni dia kata biaq pi lah, asalkan depa bahagia kekekek) juga yang “junior photographer” (takrif seorang yang baru mengaku “otai” ni, “junior” ni, yang baru sebulan pakai DSLR dan sudah start amik job wedding murah-murah siap ada offer kat Group asal On) pasti seronok juga nak tengok sambil amik gambar bunga api ni. Ada yang amik gambar pakai timer, ada yang kira dalam hati sambil bikin long exposure dan pakai cable release , ada yang pakai long exposure dan teknik black card , ada yang amik gambar pakai exposure pendek pendek dan bikin multiple exposure in camera tapi yang pasti semua pakai tripod lah. Janji ada gambar.
(EXIF untuk budak-budak berkampung di perkampungan Facebook:
Kamera: Jenama mesin kira dan mesin cetak Canon 5D Mk2
Lensa: 17-40 F Ampat ajer, dipulaskan zoom ke 17 emm emm
Bukaan rongga apatur: F Delapan
ISO: 400 (tersalah letak, patutnya Seratus ajer, tapi boleh laaarrr…)
Tripod Manfrotto yang tegap serta sugar paper dilipat lepat ke saiz B5 digunakan untuk mengawal dedahan
Post-production: Lightroom ajer untuk ejas clarity, contrast dan density, PS untuk letak itu tanda air di tepi lah)
Bila nak rakamkan gambar bunga api nih, setakat bunga api kosong ajer pun boleh, tapi pada pendapat saya, ada baik nampak sedikit landmark agar penonton tahu lah gambar itu dirakamkan di mana. Kalau bunga api semata-mata, takkan tahun samada gamar bunga api itu dirakamkan di Timbuktu atau Bintulu. Susah juga nak kenalpasti kalau tempat itu bernama Semporna atau Tanjung Jara. Dipendekkata cherita, kalau nak rakamkan gambar bunga api di Kuala Lumpur, bila diletakkan Menara Berkembar Petronas, menara berkembar TERTINGGI di dunia (Singapura tidak ada, Jakarta pun tidak ada, apa lagi di Alaska waima Australia), nampak lebih afdal. Bunga api chantek ada, lokasi pun tahu di mana. #TedAdnanBilang … “lengkap sudah gambar punya cheritera”.
Sekian lah pendapat saya sekadar perkongsian kali ini, untuk entry laman citramaya saya ini pada 1 haribulan Januari, Tahun 2012 Masehi.