Pencarian krew tarian terhebat kembali lagi! Pemenang Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan Program Realiti TV Terbaik pada malam Anugerah Sri Angkasa 2010 kembali untuk musim ke-3 & terbaru, pemenang anugerah program Realiti Terbaik di Anugerah skrin 2011 jelas membuktikan bahawa Showdown antara program terhebat dalam sejarah televisyen Malaysia.
Dengan terlahirnya bakat hebat seperti Wakaka Crew dan Elecoldxhot yang masing-masing berjaya meraih gelaran juara pada musim pertama dan kedua, sudah tentu ramai penggiat tarian yang tidak sabar menantikan ketibaan Showdown 2012.
Uji bakat bagi instalasi Showdown tahun yang ketiga ini sedang rancak dilaksanakan sehinga ke Kota Kinabalu dan Kuching.
Apa yang menariknya lagi, sesi uji bakat turut dilakukan secara online bagi memudahkan peserta menjalani uji bakat tanpa perlu beratur panjang seharian menungu giliran.
“Kali ini kami memperkenalkan sistem uji bakat secara online dan ternyata cubaan pertama kami mendapat sambutan yang positif apabila menerima kiriman video dari 30 kumpulan,” ujar Penerbit Kanan Primeworks studio, Zebedee DeCosta pada sidang media yang berlangsung di Wisma Bentley baru-baru ini.
Tambahnya lagi, meskipun mengunakan medium baru, Showdown 2012 masih lagi mengekalkan uji bakat secara tradisional, iaitu ‘on ground’ dan sesiapa yang terpilih akan mara ke peringkat seterusnya. Peserta yang tidak terpilih pula tidak perlu risau kerana permohonan mereka akan dipindahkan ke uji bakat secara terbuka.
Peserta yang berjaya mengharungi pusingan ‘Battle’ akan mara ke peringkat seterusnya, ‘The Meltdown’.
Di peringkat ‘The Meltdown’ pula, 12 peserta melalui proses penyingkiran mingguan manakala pusingan penentuan dipanggil sebagai ‘Dance Off’ yang menyaksikan hanya empat krew saja.
Pada peringkat final Showdown pula, empat krew tadi dikehendaki mempersembahkan gerak tari paling mantap dan kreatif yang mampu menarik perhatian juri dan penonton sehingga layak meraih gelaran juara Showdown 2012!
Jadi, apa tungu lagi? Kepada mereka yang rasa punya bakat tarian dan rasa layak beradu kehandalan tarian di arena Showdown 2012, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlepas peluang untuk melakukan uji bakat secara online, mereka bolehlah meghadiri uji bakat terbuka pad 18 Disember ini di aras bawah KL Live Centre, Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi.
Uji bakat adalah terbuka kepada semua penari dari segenap lapisan umur. Walaubagaimanpun individu yang di bawah 18 umur 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran daripad penjaga terlebih dulu.
Showdown 2012, masih lagi mengekalkan Mapple Loo dan Joe Flizow sebagai juri tetap.