Sebelum ini para peminat dikejutkan dengan Foto Kontroversi Oh In Hye Menjadi Bualan Hangat yang pernah OHBULAN! siarkan sebelum ini. Namun kali ini, tidak serik dengan kritikan-kritikan oleh peminat dari Korea, pelakon dan model ini tetap tampil dengan penampilan yang seksi di khalayak ramai.
Oh In Hye yang sebelum ini tampil dengan gaun oren seksi, memberikan alasan kepada media,
Ini merupakan pertama kali saya menjejakkan kaki ke majlis anugerah, jadi saya tak pasti apakah jenis pakaian yang sesuai. Seorang rakan yang saya kenali daripada sebuah filem telah mencadangkan kedai pakaian pengantin di bandar Seoul, jadi saya menyewa gaun ini daripada sana. Saya tidak mempunyai banyak pilihan, jadi saya memilih gaun itu. Pada mulanya, pakaian ini tidak muat, jadi saya meminta tukang jahit untuk membetulkan bahagian bahu dan kepanjangannya. Saya juga tidak mempunyai pereka fesyen peribadi.
Tapi apa pula alasan pelakon berumur 27 tahun ini selepas ini? Apa-apa pun, mari kita lihat gambar terbaru Oh In Hye selepas ini!











